SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI DATUK TEMENGGUNG JUGAH.
SK Tan Sri Datuk Temenggung Jugah, terletak di tebingan Sungai Bangkit. Pada tahun 1963, seorang penghuni tempatan bernama En. Simon Sarawak Anak Bangau yang pada masa itu menetap di sebuah rumah panjang di Nanga Meluan menyedari betapa pentingnya pelajaran kepada masyarakat tempatan. Dengan kesedaran itu, Encik Simon telah mencadangkan sebuah mesyuarat diadakan dengan semua ketua kampong-ketua kampong setempat bagi mencadangkan sebuah sekolah didirikan di kawasan itu. Ketua kampong-ketua kampong yang terlibat adalah:
· Tr. Nangah-Rumah Panjang Tapang Nancham
· Tr. Bajai-Rumah Panjang Kerangan Panjang
· Tr. Mancha-Rumah Panjang Nanga Mino
· Tr. Muran-Rumah Panjang Rerang Lepau
· Tr. Saging-Rumah Panjang Batu Pikul
· Tr. Gasing-Rumah Panjang Nanga Meluan
· Tr. Layang-Rumah Panjang Nanga Ayat
Setelah bermesyuarat, mereka sebulat suara untuk menghantar permohonan mereka ke Majlis Daerah Song mencadangkan penubuhan sebuah sekolah di kawasan itu. Pada tahun yang sama, permohonan mereka diluluskan, tetapi malangnya pihak Majlis Daerah Song belum mempunyai peruntukan bagi mendirikan bangunan sekolah untuk mereka. Para ketua kampong bermesyuarat semula dan mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah dengan cara bergotong-royong.
Sebuah bangunan sekolah dan sebuah pondok guru akhirnya Berjaya didirikan secara bergotong-royong. Pada 1 Januari 1964, bermulalah pembelajaran-pengajaran bagi sebuah kelas yang enrolmennya berjumlah 24 orang murid pertama. Sekolah tersebut dinamakan Datuk Temenggong Jugah Primary School Nanga Ayat, Bangkit Song. Nama sekolah ini diwujudkan atas persetujuan seluruh penduduk kampong di kawasan Sungai Bangkit bagi mengenang jasa Ketua Masyarakat mereka yang banyak berjasa, murah hati dan bersikap penyayang. Setelah beliau dianugerahkan pangkat Tan Sri, maka sekolah ini juga turut berubah namanya, yang sekarang ini dipanggil Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Temenggong Jugah, Song.D
Pada tahun 1972, bangunan pertama telah didirikan oleh pihak Majlis Daerah Song. Bangunan yang didirikan adalah sebuah bangunan ( 2 kelas ) dan 2 unit berek guru. Bermula tahun 1979 dan tahun berikutnya, telah didirikan beberapa bangunan, yang antaranya masih wujud sehingga kini. Kini sekolah ini mempunyai 25 orang murid (Tahun 1-6 ), 7 orang murid tadika, 12 orang guru, dan 7 orang staf sokongan.
Guru Besar sekolah ini pada masa sekarang ialah Encik Anthony Barnabas Angkis. Beliau sudah berada di sini lebih kurang 9 tahun. Banyak pencapaian yang telah diperolehi semenjak beliau menjadi Guru Besar di sini.